Wednesday, November 24, 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

  • Jujur dalam berkata-kata.
  • Menjauhi segala yg haram.
  • Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
  • Merahsiakan ibadahnya.
  • Merahsiakan sedekahnya.
  • Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
  • Takut berlaku dusta dan keji.
  •  Menjauhi kejahatan.
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
  • Mengawasi dirinya.
  • Menghisab dirinya.
  • Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Monday, November 8, 2010

ZIKIR FIKIR

JOM SAME2 KITE MENGAMALKAN ZIKIR-ZIKIR INI..INSYAALLAH DIBERKATI HIDUP DAN DIKEKALKAN HIDAYAH DAN TAUFIQ SERTA MATI DALAM IMAN...


WIRID HARIAN IMAM AL-GHAZALI
ISNIN
TIADA DAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN DENGAN KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG
SELASA
YA ALLAH,RAHMATILAH KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W
RABU
AKU MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA ALLAH TUHAN YANG MAHA ESA
KHAMIS
MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA AGUNG DAN SEGALA PUJI UNTUK-NYA
JUMAAT
YA ALLAH
SABTU
TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH
AHAD

YA ALLAH, TUHAN MAHA HIDUP LAGI BERDIRI SENDIRI (TIDAK PERLU KEPADA PERTOLONGAN)

Friday, October 15, 2010

MAJLIS SAMBUT MENANTU..2 OCT 2010

Majlis sambut menantu di buat pada 2oct 2010..lebih kurang 2 minggu selepas majlis nikah kami..17sept 2010

Mase majlis sambut menantu ni,kami bersama sepasang lg pengantin baru..iaitu kakak kepada hasben sy..kakwa..TAHNIAH PD KAKWA DAN ABG ZALI...semoge kite makin akrab dan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia..walaupon agak penat,namun hati rase gembira dan bersyukur kpd Allah di atas segala kehendak-Nya..





Terima kasih kepada semua keluarga dan kawan2 juga jiran2 yg menjayakan majlis kami.. Rombongan dari n9 datang bersama sebuah bas dan beberapa buah kereta..thnx semua..doakan kebahagiaan kami dunia akhirat ya..

Friday, September 24, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SUAMIKU..


Assalamualaikum semua..Alhamdulillah majlis perkahwinan kami pd 18 sept 2010 telah selesai..bernikah di masjid Serting 2,BBST pd 17sept2010 ..

Terima kasih yg tak terhingga kepada mak ayah adik beradik family,sedara mara,rakan2,jiran tetangga yang dh bertungkus lumus menjayakan majlis ini..sy doakan semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan sgl urusan kalian..hanya Allah dpt membalasnya..Mohon maaf juga kepada semua jika ade terkurang layanan atau apa ade menyinggung sesiapa ya..kite mengimpikan sesuatu yg sempurna namun kesempurnaan itu mustahil berlaku tanpa izin dari Nya..

Saya sertakan gambar kenangan supaya ia tetap terpahat...














Semoga segala memori ini akan tersimpan rapi..kot dah tua2 nant nak imbau balik kenangan dan anak cucu nak tgk ke kan..hihi..k..bye

UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN DAH TERLEPAS..HUHU


ERM..NI KAD KAWEN SY.. HEHE..LAWAKNYE SAYA MELETAKKAN KAD UNDANGAN PERKAHWINAN SETELAH MAJLISNYE SELESAI..RITUH XSEMPAT NK NGAJAK KAT BLOG SEBAB SGT SIBOK..MAAF SESANGAT..

pepepon, alhamdulillah majlis dh selesai dan berjalan dgn lancar.

NAK UCAP RIBUAN TERIMA KASIH KPD FAMILY,SEDARA MARA,JIRAN TETANGGA DAN RAKAN2 YG MEMBANTU..HANYA ALLAH YANG DPT MEMBALASNYA.

sy akan letak gambo2 kawen sy kat sini untuk tatapan teman yg mgkn merindui ku..hehe..nantikan kk.....=)





XTERLAMBAT RASENYE NAK UCAP:

SELAMAT HARI RAYE..

MINTAK MAAF DI ATAS SEGALA SALAH DAN SILAP SAYA SAMADA SENGAJE MAHUPON IDOK..
DITUJU KHAS UNTUK SEMUA..JEMPOTLA DTG UMAH DI SERTING YER...

IKHLAS DARIPADAKU:

Thursday, July 29, 2010

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

Perkara-perkara yang TIDAK Membatalkan Puasa

1) Mandi atau membasahkan kepala untuk menyegarkan badan atau menghilangkan kepanasan dan dahaga. Jika tertelan air secara tidak sengaja, tidak batal puasanya.

2) Memakai celak, walaupun celak tersebut memasuki matanya, kerana mata bukan rongga terbuka yg menyampaikan bahan tersebut ke dalam perut.

3) Berkucupan sesama suami isteri, jika masih boleh mengawal diri daripada melakukan jimak.

4) Semua jenis suntikan, sama ada IV atau IM, kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy)

5) Berbekam.

6) Berkumur-kumur dan memasukkan air melalui hidung ketika berwudhuk. Tetapi makruh jika dilakukan secara berlebih-lebihan.

7) Merasa makanan ketika memasak atau ketika ingin membeli makanan tersebut, selagi mana makanan tersebut tidak sampai ke halkum.

8) Menghidu bau-bauan.

9) Makan, minum atau berjimak pada malam hari sehinggalah terbit fajar (masuk waktu Subuh). Jika di dalam mulutnya terdapat makanan ketika azan subuh mula dilaungkan, wajib baginya mengeluarkan kembali makanan tersebut. Jika sengaja menelannya, maka batal puasanya. Begitu juga dengan jimak. Wajib berhenti ketika azan subuh mula dilaungkan. Jika dia menyambungnya, batal puasanya.

10) Bangun pagi dalam keadaan berjunub (hadas besar).

11) Menelan air liur yg bersih dan tidak bercapur dengan bahan lain, dengan syarat air liur tersebut masih berada di dalam kawasan tubuh badannya. Jika dikumpul di dalam bekas lalu diminumnya, batal puasanya.

12) Menggosok gigi. Harus melakukannya pada setiap waktu ketika berpuasa. Mengenai pendapat yang memakruhkan menggosok gigi selepas gelincir matahari, hadis tersebut sangatlah lemah (dhaif jiddan).

13) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual) . Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

14) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginoscope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination) .

15) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti urethroscope, barium, pencuci urethra.

16) Tampal gigi atau cuci gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

17) Pendermaan darah atau menerima darah.

18) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

19) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

20) Ambil darah untuk ujian makmal.

21) Semua jenis salur yang dimasukan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana pada anggota badan (catheterization)

22) Laparoscope yang dimasukan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

23) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle, penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

24) Uteroscope atau IUCD (pencegah hamil) yang dimasukan ke dalam rahim.

25) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

26) Ubat asthma (inhaler).

27) Semua jenis ubat yang dimasukan melalui anus (dubur).

28) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

29) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) samada peritoneal atau hemodialysis

30) Memasukkan gastroscope ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

Rujukan:
• Fiqh As-Sunnah, Sayyid Sabiq
• At-Taqriirat As-Sadiidah Fi Al-Masaili Al-Mufidah
• Ibadah Pesakit Terbitan PERUBATAN Mesir

Friday, July 23, 2010

Jom Men Teka Teki......

Boring2 ni jom kite Uji minda Kite dgN tEKA_TEKI...XTAU LA tEKA TEKI mEMbINA kE X??HAHAHA..seLamat Mencube....


1. Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?

2.Kereta dengan motor, mana lebih tua?
3.
Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin????Hehe
4. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

5.Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

6) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

7.Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
8.Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

9.Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa?


10. Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak tu.


Jom KIteTgk JawaPnnYer(Kecik je Kat bawah tuh..supaye korang xtiru jawapan) haha...Jeng..Jeng..Jeng..
.




1.Pengail yang dapat ikan.
2.
motor jawapannya ,sebab motor pakai tongkat...
3.jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta hehehehe
4.
Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR
5.M.otorsikal......sebab dia pakai tongkat
6.Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat
sebelah aje.
7.
Penguin
8.
Telur
9.
Ayam jadi banyaklah bilangannya.
10.
Tapak kaki kitalahNi hasil koleksi dr plbagai sumber..k..tata..

Thursday, July 22, 2010

AjO TusyeN

Senangnye budak2 sekarang..nak Tuntut Ilmu,Cikgu yang Dtg Umah..Xmacam Zaman kite dulu..nak p tusyen..terpakSe jalan Jauh2..bawe Buku Berat2..

Al-KisaHnye Bermula..Kembali Menjadi Cikgu Setelah menamatkan PerkhidmataN Sbg Guru Sandaran Tidak Terlatih(GSTT) di SPI(St. Paul Institution)..aku Start jadi Cikgu Tusyen awaI bUlan 7 ri tuh..Home tusyen..

First time sampai umah diorg..rase pelik je..maklumlah first time jadi CikGu tuSyen p umah org nih..Walopon agak jauh dr umah aku,dgn risiko Pulang sorg pd malam Ari dan bayaran yanG xseberape...Aku diUsahakan jgk..bg aku,byk perkare baik yg TersiRat aku dapat dr situ..Semoge Dapat Keberkatan..

Mengendong2 aku membawa buku2 rujukan utk mengajar dak2 ni..aja 4 subject..BM,Bi,Sc  dan lMath..student 3 org je..2org sek men..sorang sek rendah..Pas Abes Satu kelas je..aku dah rase macam dah xnak ngaja lg..student aku dok pandang mcm xmengerti..siap kate aku garang lak tuh..HuHu..tp lame2,skrg dh Rase Makin ok..Dah Mula Rase Seronok..Dah Mula rase Mesra..jd Aku berhasrat Utk teruskannye sbelm Aku kawen nih..

Aku harap aku dpt mengaja Diorg ngn Baik..semoge Ilmu tuh Melekat dalam Kepala oTak diorg tuh..hehe..dan sepatutnye melekat gak Dalam kepale hotak aku nih..huhu

Oklah..next time tulis lg kalo ade mase lapang..Thnx to miNN and Tini yang kadang2 ade teman aku P tusyen dan Ade gak Tlg aku memahamkan Pelajaran Pada dak2 nih..tata..SALAM..

Thursday, July 8, 2010

SeteLah Seminggu Jadi Pembantu Penyelidik...ATMA

Erm..dah seminggu pon aku keje kat AtMA UKM nih sebagai pembantu penyelidik kepada dato zawiyah baba utk projek yang berkaitan sejarah melayu..tp Hasil keje aku masih xnampak..hasil yg aku dpt..blog ni lah..hahaha..Dah la terkial2 xtau mcm mane nk login,dengn lupe paswod la..mcm2..huhuhu..🤕

Bos lak cuti seminggu..anak die kawen..Alamat bilik ni dah jadi mcm bilik sendri la plk..makan dlm bilik,tdo dlm bilik,ceting dlm bilik dn macam2 perkare lagho lg yg aku dah wat di dalam bilik nih..hehhehe🤣😓😚😋🤕..

Esok aku nk balik serting dh..nak siapkan brg2 hantaran kat rumah tuh yg xsiap lg. Maklumlah..xlame lg dh nk bergelar isteri org..hehe..♥️Bersediakah aku???..takot aku nk jawb..huhuhu..Semoge aku bersedia utk menjalani kehidupan yang aku xpasti lagi nih..doakan Aku kekal bahagia dengan bakal suami aku tuh ek..bukan senang nak cari yg kite betul2 yakin🤣😁

Kla..nak stadi sikit..malam kang nk ngajo tusyen plk..hehehe.k,tatatititutu...wassalam..

Monday, July 5, 2010

First Time nk Mengepos Sesuatu nih...

Salam..first time pos nih..rase berdebar2 mcm org nk kawen ,rase kekok dn yang plg pelik..rase nak muntah lak tibe2..huhu..Apakah ini????

Anyway..aku baru nk berjinak2 dlm peng blog gan nih..memandangkan ade waktu terluang yang tak tau nk diisi dgn ape lg..

Dulu mase blaja ade jgk teringin nak wat tp keadaan xmengizinkn.maklumlah bzi ngn stadi..hehehe(xtau la leh caye ke tak)..


Tp ape yg wat aku terkezzut lg adalah..rupenye blog ini telah di Create pd thn 2006 lg nih..confius..bile la aku buat agaknye..huhuhu...mgkn aku create mase ngah tdo kot...pelik2...

kla..Nak try Post nih..xsaba Nk tgk Hasil..hahaha..tatata