Wednesday, November 24, 2010

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

  • Jujur dalam berkata-kata.
  • Menjauhi segala yg haram.
  • Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
  • Merahsiakan ibadahnya.
  • Merahsiakan sedekahnya.
  • Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
  • Takut berlaku dusta dan keji.
  •  Menjauhi kejahatan.
  • Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
  • Mengawasi dirinya.
  • Menghisab dirinya.
  • Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment