Wednesday, August 26, 2020

KERTAS KERJA HARI KELUARGA 2020


KERTAS KERJA HARI KELUARGA HJ RAHMAN DAN HAJAH RAKHAYAH 2020

1.        PENGENALAN

Hari Keluarga Hj Abdul Rahman 2020 merupankan aktiviti yang begitu bermakna buat semua ahli keluarga.Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi kerohanian dan sukan. Di harap agar sambutan Hari Keluarga ini akan meriah dan berjalan dengan lancarnya dan berjaya mencapai objektif.

2.        OBJEKTIF

Memberi ruang kepada ahli keluarga untuk melakukan aktiviti bersama dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kesefahaman dan juga dapat mewujudkan  semangat kerjasama berpasukan dalam aktiviti aktiviti yang dilakukan.

3.        MOTTO DAN TEMA

Motto hari keluarga  “BERSAMO SELAMO EE” yang memberi erti bahawa hubungan kekeluargaan akan sentisa kekal abadi hingga ke akhir hayat. Tema warna baju yang digunakan ialah “MERAH PUTIH”yang di tempah di kedai Imtiyaz Digital,Batu Caves,Selangor.

3.1 Corak Baju


4.        PERLAKSANAAN

Tarikh              : 22-23 OGOS 2020(Sabtu-Ahad)

Tempat : CAPPADOCIA Homestay,Teluk Kemang,PortDickson,N. Sembilan

Bil Ahli : 25 orang 


4.1 Foto Bilik Penginaan dan Persekitaran


4.2 Kemudahan

Kemudahan yang terdapat di homestay adalah :

-5 bilik tidur (semua penghawa dingin) 
-4 bilik air (3 bilik ada pemanas air) 
-penapis air,periuk nasi,dapur gas,peti ais,bbq pit
-meja dan kerusi tambahan
-penggosok baju

- LCD televisyen

-kolam renang berkedalaman 4kaki .

-Penginaan ini juga berdekatan dengan kawasan pantai yang berjauhan 2minit jika berjalan kaki.

5. AHLI JAWATANKUASA 

Penaung :

Haji Abdul Rahman Yiacob

Penasihat :

Hajah Rakhayah Mohd Amin

Pengerusi :

Rohaizar Abdul Rahman

Timbalan Pengerusi :

Rohaizad Abdul Rahman

Setiausaha :

Rohaida Abdul Rahman

Bendahari :

Rohainiza Abdul Rahman

AJK Logistik, Teknikal & Peralatan :

Rohaizad Abdul Rahman,Rohaizar Adul Rahman

AJK Kerohanian :

Khairul Salleh Ab dullah (Imam)

AJK Penginapan/urussetia:

Mohd Safwan Muda, Rohainiza Abdul Rahman

AJK Kebajikan & Kecemasan :

Rohaida Abdul Rahman

AJK Masakan :

Marni Mohd Ali

AJK Hadiah & Saguhati:

Nurul Ain Piji

AJK Sukan:

Fatin Nadhirah Rohaizar, Farah NurAlia Khairul Salleh

 

6. TENTATIF PROGRAM

22 Ogos 2020(Sabtu)

2.00 ptg          -       Ketibaan ahli keluarga di homestay /solat zohor jamak qasar

3.00ptg           -.       Persediaan untuk aktiviti 

4.30  ptg          -       Sukaneka kanak kanak dan penyampaian hadiah/cabutan bertuah

6.00ptg           -       Mandi manda di kolam/laut

7.45 mlm        -       Solat Maghrib Jamak qasar  berjemaah/ Tahlil dan doa selamat

9.30 mlm       -        Jamuan BBQ/steamboat/sambutan hari jadi Ogos

                        -        Karaoke

23 Ogos 2020 (Ahad)

8.00 pg           -         Pemeriksaan kesihatan dan Sarapan  

8.30 pg           -         Senaman 1 Malaysia

                        -         Sukaneka dewasa dan penyampaian hadiah

10.00pg.         -.         Aktiviti bebas

12.30tghari    -          Checkout


5.1 Senarai Sukaneka

Kategori kanak kanak

          1)Rebut gula2

2)Lari bawa bola pingpong dalam sudu 3)Mewarna

          4) Tiup belon hingga pecah 

          5)Rebut kerusi

 Kategori dewasa 

1) Rebut kerusi perempuan

2) Lari ikat kaki 

3) Rebut kerusi lelaki

 

5.2 Pemeriksaan Kesihatan 

Pemeriksaan kesihatan akan di laksanakan oleh Dr Rohaida Abdul Rahman.Pemeriksaan yang akan dibuat adalah tekanan darah, gula, BMI, dada, kandungan oksigen tubuh, suhu badan dan pemeriksaan urin.

7. ANGGARAN PERBELANJAAN :

Homestay

RM700

Baju Keluarga

Rm330

*30 helai(24 lengan pendek,6 lengan Panjang)

Makan

RM420

*1x Makan tengah hari,1x sarapan pagi,1x makan malam bbq

Hadiah

RM430

*8x hadiah no 1

8x hadiah no 2

8x hadiah no 3

5x hamper keluarga

13x hadiah kanak-kanak

25x Hadiah cabutan bertuah//Tajaan Dr Rohaida

1x hadiah YB

Eco by ain rm230

Eco by kakngah rm150

Hadiah YB rm50

Sukaneka

Rm50

Eco by kakngah juga tag nam

JUMLAH KESELURUHAN

RM1930

*Tajaan Hj Abdul Rahman


8.SAJIAN MAKANAN

Makan tengahari

Nasi,kari daging,sayur,air

Rm7x20=rm140

Makan malam

Bbq-ayam bakar,kambing bakar,sosej,nasi  goreng,steamboat,naget goreng,air

Rm9x20=RM180

Sarapan pagi

Nasi goreng,mee goreng

Naget,Pepes,Roti nutella,air

RM5x20=rm100

6. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga pada tahun 2020 ini diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Diharap juga dapat mewujudkan dan semangat kekeluargaan serta persefahaman dan kasih sayang dikalangan ahli keluarga.



*peringatan kepada smua ahli keluarga untuk membawa telekung,sejadah,surah  jassin dan keperluan persendirian seperti tuala,mandian dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment